Permainan Badminton
Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.
Syarat Badminton
Undang-undang dan Peraturan Kejohanan Sukan Piala Pengurus Besar KETENGAH Tahun 2024.
Undang-Undang Asas
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.
Memulakan Permainan
- Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.
- Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.
- Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.
Sistem Pengiraan Mata
- Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best of three games.
- Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
- Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
- Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
- Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.
Masa Rehat
- Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan.
- Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.
Servis
- Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
- Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.
- Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.
- Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.
- Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
- Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.
Servis Semula ( Let )
- Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
- Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
- Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
- Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
- Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
- Pengadil tidak dapat membuat keputusan.
Larangan Untuk Pemain
- Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.
- Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
- Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan.
- Tidak berkelakuan kasar.
- Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
Berlaku Batal Sekiranya
- Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.
- Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.
- Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.
Perlawanan Perseorangan
- Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
- Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
- Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.
Perlawanan Beregu
- Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.
- Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
- Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.
- Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.
- Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya.
Gelanggang Badminton
Gelanggang badminton berbentuk empat segi bujur berukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Permukaan kayu yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Permukaan sintetik adalah popular kerana ia akan menyerap gegaran berbanding dengan lantai konkrit atau lantai parquet yang biasanya didapati di dewan dewan serbaguna. Permukaan lantai yang keras memberi kesan yang buruk kepada sendi-sendi dan kecederaan lutut akan sering dialami.
Raket
Raket diperbuat dari besi, aluminium atau grafit. Raket-raket ini adalah lebih ringan, kuat dan laju untuk digerakkan dan boleh memukul bulu tangkis dengan lebih kuat. Raket-raket ini juga tahan lebih lama. Terdapat banyak raket yang berkualiti di pasaran. Raket-raket ini umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori;
- Raket dua bahagian (two-piece racket)
- Raket satu bahagian (one-piece racket)
Untuk raket dua bahagian, kepalanya disambung ke shaft dengan satu aloi zink berbentuk T dan raket satu bahagian pula dibentuk di bawah suhu dan tekanan tinggi. Untuk memiliki raket sendiri pilihlah saiz tangkai raket yang sesuai dipegang. Saiz pegangan yang biasa ialah 9.2 cm. Imbangan raket juga berbeza-beza. Pakar-pakar menyebut bahawa satu titik imbangan berjarak 29-30 cm daripada base raket akan menghasilkan raket yang bergerak lebih laju di udara. Panjang raket dari kepala sehingga pangkal ialah 66.1 dan beratnya adalah antara 99.2 -141.7 gram. Muka raket berukuran 25.4 cm dan lebanrnya 20.3 cm dan berbentuk oval.
Bulu Tangkis
Terdapat dua jenis bulu tangkis iaitu jenis bulu (feather shuttle) dan nilon plastik. Jenis shuttle bulu mempunyai lebih ‘rasa’ berbanding dengan jenis nilon plastik yang akan menolong pemain mengembangkan sentuhan dan kawalan. Jenis bulu lebih mahal dan tidak tahan lama dan diperbuat dari bulu angsa dan bulu itik.
Oleh kerana cuaca dan suasana yang berbeza dalam dewan. Jenis bulu tangkis yang diperbuat dari bulu angsa atau itik dibuat untuk pelbagai keadaan yang berbeza. Satu bulu tangkis boleh dianggap mempunyai kelajuan yang betul jika apabila dipukul sepenuhnya dengan stroke penuh bawah tangan dari belakang gelanggang, ia akan jatuh di keliling garisan servis bergu, tidak kurang daripada 530 mm dan tidak melebihi daripada 990 mm dari garisan sempadan
Kasut
Perhatian khas harus diberi kepada kasut kerana kasut yang kurang selesa akan mengganggu pergerakan pemain. Terdapat beberapa faktor yang harus diberi perhatian semasa membeli kasut. Pertama, kefleksibelan tapak kasut. Ini penting untuk mendapatkan pergerakan kaki yang selesa. Jika kasut terlalu ketat ia akan mengganggu pemain untuk menukar pergerakannya di gelanggang dengan cepat dan kemungkinan kakinya akan terseliuh.
Tapak kasut harus berlapik dan mempunyai daya serapan yang baik untuk mencegah kecederaan kepada sendi-sendi. Kasut harus mempunyai bahagian atas yang membolehkan udara keluar masuk dan memberi sokongan serta kestabilan untuk kaki. Sarung kaki kapas harus dipakai untuk mencegah bengkak berair di kaki dan juga menyerap peluh.